Friday, March 26, 2021

KOMIK AKU KOLEK: ALAN MOORE

 (Kredit gambar dari belbagai sumber Google)

Seorang pencerita hebat... Kekadang mahu jadi 'Magician'...

ALAN MOORE...


Beliau adalah penulis komik dan novel di antara pencerita
yang tehebat sepanjang zaman...

Bermula sebagai budak pejabat, beliau mula menghasilkan karya-karya
komik untuk 'fanzine' dan komik 'underground' dan akhirnya diterima 'DC Comic'.

Cara penulisan beliau yang puitis dan 'detail' menjadi tarikan utama
beserta jalan cerita yang hebat menjadikan beliau disegani
dan menjadi bahan rujukan utama diminati pengkarya-pengkarya lain.

 Komik sentuhan A. Moore yang aku minat:

1. WATCHMEN (12 isu Grafik Novel)
Politik dan Hero... Watak-watak wira diera 50'an diangkat kembali 
dan ? sejarah Amerika di'twist'kan dengan pembunuhan J.F.K, 
perang Vietnam ?

Trivia: 
Dilayarkan menjadi filem pada tahun 2009 namun dipertikaikan 
oleh Alan Moore setelah kegagalan filem L.O.E.G...

Juga sudah dilayarkan di mini-siri T.V dan memenangi
sejumlah award ditahun 2020...

2. SWAMP THING (Story Arc)
Watak hero Swamp Thing ditukar kewujudannya
dan jalan cerita lebih kepada unsur mistik dan ketuhanan 
menjadikan Swampy antara hero yang terhebat di .DC Universe'...

3.Batman: The Killing Joke (Grafik Novel)
Jalan cerita lebih kepada logik dan simpati kepada sejarah Joker 
seorang Komedian dengan lawak jenaka hambar bertukar menjadi jahat 
kerana desakan hidup dan kemalangan industri memilih jalan hitam
sehingga mencacatkan 'Batwoman' dan akhirnya penentuan klimak 
 siapakah yang gila sebenarnya membuatkan Batman ketawa...

4. LEAGUE OF EXTRAORDINARY GENTLEMEN (Siri/Grafik Novel)
Apabila watak-watak fiksyen terkenal  'British' digabungkan maka terhasillah
sekumpulan wira baik menentang watak fiksyen jahat yang berniat
untuk menakluki atau memusnahkan dunia... Apa lagi?

Trivia:
Diadaptasi ke filem pada tahun 2003 namun di'reject' oleh Alan
Moore kerana lari dari cerita asal dan semenjak itu beliau menjauhi
setiap filem yang diadaptasikan dari versi komik beliau...

5. CAPTAIN MARVEL, MARVELMAN/MIRACLEMAN(Komik Siri)
Ditukar nama hero berkali-kali kerana kontroversi 'copyright'
Wira 50'an yang mendapat kuasa  dari tenaga atom ditangan
A.M versi cerita lebih dasyat dan ganas  sesuai untuk bacaan dewasa ...
'KIMOTA!'

Minat aku kepada tulisan Alan Moore kerana skrip dialog beliau yang dibaca
sopan dan puitis walaupun beliau juga adalah penulis komik dewasa dan erotis.

Contoh skrip A.M dalam 1 mukasurat...

''Storyline' beliau sungguh menarik dan tersusun rapi yang teramat 'detail'
 berjela-jela (hanya sebilangan pelukis yang mampu meadaptasikannya)
direncah bersama falsafah dan kemanusiaan sejagat untuk kita fahami...

Ada beberapa lagi karya beliau seperti Promethea, V For Vendetta, 
Superman- Man of Tomorrow dan banyak lagi yang boleh diterokai
sebagai bacaan berat dan santai cukup untuk membuatkan aku terlekat...


WAYANG AKU LAYAN: ROCK 4.... ROCKERS NEVER DAI! (2020)

 (Kredit gambar dari belbagai sumber Google)


Persembahan ke-4 dari filem ROCK arahan dan idea
dari pengarah prolifik Mamat Khalid...


Sempat dilayarkan sebelum serangan Covid-19 melanda dunia...

Kesambungan kali ini Mamat Khalid memilih pelakon-pelakon
melalui bakat muzik dan bukannya 'actor' maka terhasillah lakonan kayu... 


Watak utama...

Dio... Koma selama 20 tahun... Bekas 'drug addict'
yang menjadi punca 'kematian' Rimba Bara...
Pesakit kanser yang cuba mengembalikan era kegemilangan Rock 90'
dari terus mati dan ditanam sedalam-dalamnya...

Rayyan... Anak Mak. Macam lembam namun hebat bermain gitar, 
Ketua kumpulan Royal Slacker yang cengeng... 

Omar... Pemain bass dan back-up vokal...
Penagih dadah yang mendapat keinsafan dari pengalaman Dio...
Ramai menyangka memegang watak hero

Seri.... Pemain dram dan teman wanita setia Omar.
Sekuntum bunga diantara duri
Lebih banyak watak tampilan dalam filem 'Busker'

Acap ... Pereka Fesyen/Keyboardist... 
Nampak lembik tapi keras didalam
Jarang bersuara namun bila berkata Awie pun terdiam!


Jalan cerita...

Komedi terletak banyak pada adegan-adegan humor
dan kurang kepada dialog-dialog lucu yang bias...
Kemunculan Jimmy Hendrix, Pawang Gitar, Konsert Black Metal
beserta kambing hitam dan adegan Tok Imam gian jamming dan sebagainya...

Tarikan kepada filem ini tentulah kepada lawak selamba
dan cara arahan Mamat Khalid yang sempoi dan versatil.


Pilihan lagu-lagu rock kapak dan universal juga mampu
diterima halwa telinga sebilangan penonton dan aku faham
apabila Dio terjaga dari komanya setelah mendengar lagu Aman R.A.

Satu pujian sinis peredaran zaman yang harus diterima...

Komen aku...

Mamat Khalid bukanlah Stanley Kubrick yang memerlukan
beribu-ribu 'take' untuk mendapat 'perfect shoot'...

Lawak tidaklah terlalu hambar atau tipikal dalam setiap
filem garapannya... 


Mamat Khalid adalah Mamat Khalid...
Komedi selamba dan sinonim adalah identitinya...
Idea baru tetap ada dalam filem arahannya...
Kita yang tidak pernah cukup mengikuti pemikiran beliau...

Cerita: 3/5 Lakonan: 2/5 Tarikan: 3/5


BLOG INI BELUM MATI!

 THIS BLOG'S NOT DEAD!

....Yet.   It's just static.

Ia cuma Statik... 

Tiada perkembangan berterusan kerana kesibukan duniawi...

dilubuk hati yang dalam tidak berpenghujung... Cuma lambat untuk bergerak...
Aku tidak aktif kerana kepentingan peribadi dan keluarga tercinta.

Minat aku untuk bercerita dan melukis masih membara dan terpendam

Aku masih berfikir untuk merealisasikan ilusi-ilusi itu
 agar idea-idea tidak hilang kerana ia datang dan pergi...

Otak ini masih berfikir untuk meneruskan minat ini sedalam mungkin...
Aku masih melukis dan bercerita namun ia semakin perlahan...

Ada idea namun tanpa usaha tidak akan kemana-mana...

Komik Malaysia di era 80'an.... 
Adakah kita sudah mencapai dizaman kemuncak?

Perkembangan komik di Malaysia tidak berkembang pesat....
Aku teringat sewaktu dahulu komik-komik nipis buatan tempatan
berharga kurang dari seringgit boleh didapati ditoko-toko kecil...
A. Ghafar Bahari, Nik Hashim Nmy, Khuzae, Marzuki, dan ramai lagi 
yang tak mampu ku ingati kesemuanya adalah di antara tokoh-tokoh 
pelukis komik sepanjang zaman yang kuminati dan kukenang...

Pelukis komik dan pelukis kartun adalah berbeza...
Walaupun ada juga yang mampu menceburi kedua bidang 
namun konsep kedua-duanya adalah berbeza...

Komik memerlukan jalan cerita yang panjang sedangkan
kartun cukup satu halaman dengan 'punchline'.

Hidup sebagai pelukis kartun mungkin lebih terjamin
kerana ia digemari belbagai peringkat usia sedangkan komik 
sentiasa dianggap bahan cerita yang tidak sesuai dan kelas bawahan...

Tidak seperti di Hong Kong, Jepun dan U.S yang melayan komik 
sebagai satu budaya dan bukan sekadar bahan murahan semata-mata...

Lihatlah industri pekomikan mereka masih lagi diterima dan terjamin
sehingga ke hari ini meneroka ke industri perfileman pula...

Disana mereka menerbitkan satu karya secara "Teamwork',
Tetapi kebanyakan karya disini adalah 'One Man Show'...
(Termasuk aku...'Obviously). Maka terhasillah satu karya yang lambat,
tidak produktif, dan akhirnya terputus ditengah jalan...

Alam digital membuatkan komik bercetak kian lupus ditelan zaman...
Siapa yang mahu atau mampu membeli komik 24 mukasurat 
berharga sekurang-kurangnya lima ringgit berbanding digital 
yang boleh di'download' secara percuma?

Aku menyokong era digital kerana ia mengurangkan penggunaan kertas,
menyelamatkan pokok-pokok yang kian pupus walaupun
penggunaan 'chop stick' lebih membinasakan...

Dimanakah mahu diletakkan komik-komik yang bertimbun-timbun
yang harus dijaga setiap masa supaya tidak dimakan anai-anai?...

Namun kita kehilangan deria sentuhan kertas yang kasar, 
bau dakwat yang mencetak, menepis setiap helaian, 
halaman 2 muka surat, menanti tarikh pasaran dan sebagainya...

Dimanakah Tony Wong dan adakah Alan Moore masih giat berkarya?

Kita masih ada pencerita yang memenangi award terbilang (Baca disini)

namun individu ini bergerak secara secara solo dan 'independent'...

 Upin Ipin, Boboiboy, Ejen Ali

Dunia Animasi di Malaysia yang semakin dikagumi dan digemari.
Ia terus membangun hasil usaha 3 individu hingga terkenal keserata dunia...
Karya mereka memang hebat... Unsur kemelayuan, jenaka, aksi dan futuristik 
bergabung menghasilkan idea meletup diminati berbilang bangsa dan usia.

Masa depan karyawan unik ini memang cerah... 
Titik peluh mereka membuahkan hasil.

Aku harus terus bergerak... Aku mahu terus berkarya...

 Aku harus teruskan hidup... 

Tidak terkubur kerana hidup didunia ini hanya pinjaman sementara...
Semangat itu datang dan pergi... 
Kebolehan itu adalah anugerah Ilahi...

Sesuatu yang pasti.... 

Aku masih membaca komik setiap hari...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...