Showing posts with label animasi dan filem. Show all posts
Showing posts with label animasi dan filem. Show all posts

Tuesday, January 25, 2022

ANTARA GERAN, SANGKAR DAN WIRA

 

(Kredit gambar-gambar dari belbagai sumber Internet)

Ke-3 filem genre aksi ini sudah ditayangkan hampir di tahun 
yang sama sebelum virus covid-19 melanda serata dunia...

3 filem aksi pertarungan berlainan budaya dan kisah disampaikan 
melalui gaya dan watak yang berbeza mengikut pasaran filem tempatan...


GERAN
Poster tengkolok bertopeng mengambarkan apa?

Sinopsis...
Mengisahkan tentang ketamakan kuasa perebutan harta pusaka 
dan pertembungan antara kegilaan anak muda masakini 
demi mencapai hiburan duniawi... Apabila geran pusaka tergadai
bermulalah adegan aksi-aksi pertarungan menggunakan gaya silat klasik.

Hampir kesemua pelakon utama dalah pesilat sebenar...

Ulasan...
Aku suka menonton aksi pertarungan-pertarungan yang mantap
antara setiap pelakon terutama adegan pergaduhan di pasar oleh 
pelakon wanita di koreografi dengan bagus dan kemas...

Kembalikan kegembilangan filem seni silat melayu?

Trivia...
GERAN sudah melayari diperingkat antarabangsa...
Ada anugerah yang sudah dimenangi di festival filem
berprestij bertaraf dunia diiktiraf sebagai filem aksi terbaik...

Kemunculan Faizal Hussein dipenghujung filem
membawa kenangan lampau dizaman gila-gila remaja
dan pasti memerlukan sekuel!...

Sekarang bersiaran di Netflix.


Cerita: 3/5 Lakonan: 2/5 Aksi: 3/5


 SANGKAR

Sinopsis...
Pertembungan antara 2 seteru Petarung Bebas (Free Fighter) 
dengan pilihan jalan hidup yang berbeza, Satu kerana tanggung jawab dan 
keperluan hidup, dan satu lagi kerana ego dan kemasyuran...


Ulasan...
Adegan pelaku utama bercerita tentang kisah hidupnya ditaman adalah
terbaik bagi aku  dijiwai oleh pengarah berkaliber Kabir Bhatia...


Trivia...
Aktor utama Zul Ariffin memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik FFM2020


Cerita: 3/5 Lakonan: 3/5 Aksi: 3/5


WIRA

Sinopsis...
Seorang bekas anggota tentera pulang semula ke pangkuan keluarga 
di penempatan yang porak peranda kerana dikuasai oleh seorang taikun 
kondom yang menyimpan dendam lama dan masih belum berakhir...


Ulasan...
Aku terlihat adegan pergaduhan di markas taikun dipercepatkan.

Pelakun baru Fify Azmi benar-benar memberi impak besar 
dengan watak menjadi sehingga melangkaui watak utama.


Trivia...
Yayan Ruhian. Zizan Razak.Dain Said.

Cerita: 2/5 Lakonan: 2/5 Aksi: 3/5



Thursday, September 9, 2021

HAYAO MIYAZAKI

 (Setiap imej diambil dari belbagai sumber Google)

'He is the man full of Wisdom'

Sedikit profil tentang seorang insan yang 'mencantik' animasi dunia...

Hasil karyanya di'reject' oleh semua syarikat animasi di Jepun...
Ideanya dikatakan tidak membawa untung dan bukan untuk semua golongan...

Hingga akhirnya beliau bertemu dengan Toshio Suzuki (boleh dianggap 'saviour'),
seorang penerbit filem yang tertarik dengan salah satu karyanya lalu bersama
 menubuhkan syarikat animasi Studio Ghibli...

Kali ini beliau dibenarkan melepaskan segala intipati
kotak lukisan 100 peratus idea Hayao dan dibiayai oleh Suzuki.

Filem animasi pertama bertajuk Nausicaa of the Valley of the Wind(1984) 
Ia menempa kejayaan dan diiktiraf dan mereka tidak berpatah balik lagi...

Dikatakan diwaktu puncak usia beliau mampu 'mengedit' hampir 100 helaian/frame
animasi dalam sehari... Namun kini diusia menjengah senja beliau hanya mampu
'membersih'  dan meluluskan hanya 5-10 'frame' animasi sahaja...

Ketelitian beliau dalam setiap 'frame' animasi sehingga setisp panel harus 'bernyawa'...
Setiap gerak-geri, ekspresi, tiupan angin, warna kehidupan diambil kira didalam ilhamnya...
Dimulakan dengan beribu-ribu sketsa sebelum diterjemahkan 'frame by frame'
kemudian disambung oleh pelukis-pelukis pembantu dalam suasana jerih perih
sehingga terhasillah satu cerita animasi yang mempersona dunia...

5 Filem H. Miyazaki yang aku 'salut':

1. Princess Mononoke (1997)

2. Spirited Away  (2001)

3. My Neighbour Totoro  (1988)

4. Howl's Moving Castle  (2004)

5. Nausicaa The Valley Of Wind (1984)

Beliau masih berkarya... Distudio peribadinya,
membancuh teh, membuat ramen, bersiar-siar ditepi pantai,
Tetapi kali ini masa tidak mengejar beliau...

Kita hanya mampu menunggu hasil karya beliau 
yang masih dalam pembuatan bertajuk How Do You Live? 
Adakah ini 'Great Masterpiece' beliau?


ANTARA NO MERCY (2019) DAN BULAN DAN PRIA TERHEBAT (2020)

 (Setiap imej diambil dari belbagai sumber Google)

 

     NO MERCY (2019)                              BULAN DAN PRIA TERHEBAT (2020)

Merah adalah warna mengancam.
Apabila kita berpakaian merah maksudnya ingin meluahkan isihati 
yang sedang amarah membuak dan tekad melakukan sesuatu yang mencabar...

Kedua-dua watak heroin menggunakan warna merah 
melambangkan tekad dan visi demi menyelamat adik-adik mereka
dari menjadi mangsa kerakusan manusia-manusia durjana...


 

Permulaan cerita...
Si kakak seorang bekas banduan mencari adiknya yang lembam 
diculik oleh rakan sekelas setelah ditipu daya untuk dijual kepada
sindiket pelacuran...

Si kakak yang berasal dari Indonesia, berkemahiran dalam unit pasukan khas,
melakukan penyamaran dan berjaya menerobos kesebuah markas 
pelacuran mencari adiknya yang diculik dan dibawa ke Malaysia namun gagal...



Setiap wanita yang mempunyai misi 
patutlah memerlukan sebuah kereta yang hebat...
Tidak semestinya pandai memandu tetapi harus kelihatan 
menarik dan garang semasa mengejar musuh...


Mereka berdua tahu menggunakan senjata api...
Tidak dinyatakan sejarah kemahiran mereka tetapi
mereka haruslah tahu menembak apabila keadaan mendesak...



Mereka sudah pasti tahu untuk berlawan dan semestinya lasak...
Musuh mereka adalah ramai dan diserang dari semua arah...

Satu persatu musuh ditumpaskan sehinggalah mereka bertemu
dengan ketua perancang utama untuk aksi klimak terakhir...


Si kakak memberi sepatah dua kata sebelum menamatkan riwayat 
ketua sindiket utama... 

Khir Rahman membawa watak sebagai bapa ayam bodoh-bodoh alang 
tidak mempunyai kemahiran dalam ilmu pertahanan diri
namun pakar dalam mencari 'sumber manusia'...


Akhirnya si kakak berjaya menyelamatkan adiknya 
setelah menempuhi belbagai rintangan dan cabaran...

Begitu juga Bulan berjaya ketemu dengan adiknya dan
berakhirlah misi menyelamat sehinggalah ke babak seterusnya... 
(bersambung...?)



BONUS: BULAN DAN PRIA TERHEBAT 

Bulan mempunyai musuhnya sendiri; Seorang pembunuh upahan 
yang menembak mati tanpa banyak soal dan penunggang motor hebat...
Seorang wanita dari Indonesia yang sangat kejam dan tiada hati perut...

Bulan berkawan dengan 3 pria humoris yang sanggup membantu dia
menghadapi segala situasi. sehingga ke titisan keringat terakhir...


NO MERCY (2019)
Lakonan: 3/5  Aksi: 2/5   Cerita:  3/5

BULAN DAN PRIA TERHEBAT (2020)
Lakonan: 3/5  Aksi: 3/5   Cerita:  3/5


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...